istilah.jpg (10896 bytes)
pc.gif (7566 bytes)

S

SILIKON / SILICON
Bahan utama sebatian cip yang memudahkan pengaliran arus elektrik didalamnya.

SIMULASI / SIMULATION
Satu situasi yang menggambarkan penggunaan komputer dalam membantu perlaksanaan sesuatu proses untuk menggantikan satu keadaan sebenar.  Simulasi pada komputer berjaya menjimatkan kos sesuatu projek atau sebagai alternatif kepada satu keadaan yang sukar dilaksanakan.

SINTAKSIS / SYNTAX
Satu set arahan dan peraturan yang membentuk bahasa komputer.

SISTEM KOD AKSARA / CHARACTER CODE SYSTEM
Sistem kod yang diamalakan oleh semua komputer untuk menukar setiap aksara pada papan kunci kepada nilai integer yang ditetapkan.

SISTEM PENGOPERASIAN / OPERATING SYSTEM
Satu kumpulan atucara yang menguruskan semua proses perlaksanaan sesuatu tugas di dalam komputer.

STORAN SEKUNDER / SECONDARY STORAGE
Ruang ingatan untuk menyimpan maklumat luar daripada komputer.

SUBRUTIN / SUBROUTINE
Satu kumpulan arahan dalam aturcara yang kerap kali dirujuk semasa berlangsungnya pemprosesan.