istilah.jpg (10896 bytes)

pc.gif (7566 bytes)

P

PANGKALAN DATA / DATA BASE
Satu tugasan mengurganisasi kumpulan data yang banyak.

PAPAN LITAR BERCETAK / PRINTED CIRCUIT BOARD
Papan pemproses komputer mengandungi litaran dan cip-cip.

PEMALAR / CONSTANT
Sesuatu nilai yang tidak berubah semasa berlangsungnya pemprosesan.  Pemalar berangka (numeric constant) mengandungi nombor sementara pemalar rentetan (string constant) terdiri daripada aksara huruf abjad, nombor atau simbol.

PEMBOLEHUBAH / VARIABLE
Sesuatau nilai yang tidak kekal dan selalu berubah bergantung kepada aturcaranya.   Pembolehubah berangka (numeric variable) mempunyai nilai daripada nombor sahaja, sementara pembolehubah rentetan (string variable) boleh menerima sebarang kombinasi aksara.

PEMPROSESAN / PROCECCING
Tugas-tugas yang dilakukan di dalam komputer seperti membaca data, mentafsir maksudnya, melakukan pengiraan dan operasi logik.

PEMPROSESAN PERKATAAN / WORD PROCESSING
Tugas-tugas menulis surat dan dokumen dengan menggunakan komputer.

PENGAMIRAN / INTEGRATION
Proses mengukir litaran dan menempatkan transistor ke dalam litar terkamir (cip).   Pengamiran skala besar (large scale integration, LSI) menempatkan beratus atau beribu transistor sementara skala amat besar (very large scale integration, VLSI) membolehkan sehingga 100,000 transistor ditempatkan ke dalam sebuah cip.

PENGHAYATAN KOMPUTER / COMPUTER LITERACY
Istilah yang bermaksud memahami fungsi komputer , menyedari perkara-perkara yang boleh dilakukan olehnya, meneroka keupayaan secara amali dan mengenalpasto bidang-bidang penggunaannya.

PENGHIMPUN / ASSEMBLER
Aturcara yang menterjemah kod-kod dalam bahasa penghimpun kepada kod-kod bahasa mesin.

PENGKOMPILASI / COMPILER
Aturcara yang menterjemah kod-kod yang ditulis dalam satu bahasa peringkat tinggi kepada kod-kod mesin.  Penterjemahan dilakukan hanya selepas semua baris dalam aturcara siap ditulis.

PENTAFSIR / INTERPRETER
Aturcara yang menterjemah kod-kod yang ditulis dalam satu bahasa peringkat tinggi kepada kod-kod mesin.  Penterjemahan dilakukan selepas setiap baris ditaipkan dalam komputer.

PERENAMBELASAN / HEXADECIMAL
Sistem pernomboran berasaskan 16 digit iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, E dan F.

PERINTAH SISTEM   / SYSTEM COMMAND
Arahan-arahan tertentu dalam BASIC supaya kita sentiasa mematuhi sistem pengoperasian keseluruhan komputer.

PERISIAN / SOFTWARE
Satu kumpulan aturcara yang menjalankan atau menggerakkan sistem komputer.

PERKAKASAN / HARDWARE
Komponen fizikal komputer seperti alat paparan video, papan pemproses dan pemacu cakera.

PERLAKSANAAN / EXECUTION
Proses yang dilakukan di dalam komputer.  Perlaksanaan semerta (immediate execution) dilakukan serta-merta apabila sesuatu baris arahan siap ditaip dan kunci ENTER ditekan.  Perlaksanaan tertangguh (defered execution) ialah perlaksanaan beberapa baris arahan hanya selepas sesuatu perintah sistem ditaip, seperti RUN dalam BASIC.

PERLAPAN / OCTAL
Sistem pernomboran berasaskan 8 digit iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan 7.

PERNYATAAN / STATEMENT
Arahan di dalam aturcara yang membentuk sintaksis bahasa BASIC.

PERPULUHAN / DECIMAL
Sistem pernomboran berasakan 10 digit iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9.

PITA MAGNETIK / MAGNETIC TAPE
Alatan storan skunder mengandungi pita bersambung bermagnet.  Bit maklumat disimpan di sepanjang pita ini.