istilah.jpg (10896 bytes)
pc.gif (7566 bytes)

M

MIKROCIP / MICROCHIP
Nama lain bagi cip mikropemproses.  Mikrocip ialah nadi bagi sebuah komputer kerana ia menjalankan semua tugas unit pemprosesan pusat (CPU).

MIKROKOMPUTER / MICROCOMPUTER
Jenis komputer yang terkecil dalam famili komputer yang menggunakan mikrocip sebagai unit pemprosesan pusat.  Terdapat tiga jenis mikrokomputer iaitu 8-bit, 16-bit dan 32-bit, dipanggil sedemikian mengikut jenis mikropemprosese yang digunakan.

MIKROPEMPROSES / MICROPROCESSOR
Unit pemprosesan pusat bagi sebuah mikrokomputer.

MINIKOMPUTER / MINICOMPUTER
Jenis komputer sederhana besarnya, mempunyai jumlah perkakasan dan ingatan memenuhi banyak keperluan termasuk pemprosesan data perniagaan.

MODEM / MODEM
Nama singkatan bagi modulator demodulator.  Modem merupakan sebuah kotak yang mengandungi telefon yang dipasang pada komputer untuk membolehkannya berhubung dengan komputer di tempat lain atau internet.