istilah.jpg (10896 bytes)
pc.gif (7566 bytes)

K

KAD ANTARA-MUKA / INTERFACE CARD
Sebuah kad mengandungi litaran dan cip-cip yang berfungsi untuk menghubungkan komputer dengan alat periferal luar.

KAD TEBUK / PUNCHED CARD
Kad kertas yang mengandungi 80 atau 96 turus yang berfungsi untuk mewakili maklumat melalui tebukan lubang-lubang.  Maklumat ini ditafsir maksudnya melalui mesin pendua.

KERANGKA UTAMA / MAINFRAME
Sistem komputer terbesar dalam famili komputer, mengandungi banyak alat perkakasan serta ingatan utama yang besar.

KOMPUTER / COMPUTER
Alat/mesin elektronik yang berupaya menerima arahan daripada manusia, memproses arahan, mengeluarkan satu keputusan dan boleh menyimpan maklumat untuk kegunaan kemudian.

KONSEP ATURCARA TERSIMPAN / STORED PROGRAM CONCEPT
Konsep penyimpanan arahan di dalam komputer supaya kerja-kerja pemprosesan dapat dilaksanakan dengan lebih licin, cepat dan otomatik.