istilah.jpg (10896 bytes)

pc.gif (7566 bytes)

A

AKSARA  / CHARACTER.
Huruf abjad, nombor atau simbul yang boleh diinput, disimpan dan dikeluarkan oleh komputer.

ALGORITMA / ALGPRITHM
Pelan teratur yang menunjukkan setiap langkah yang perlu diikuti untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

ANALOG / ANALOGUE
Sifat mengukur secara berterusan.

ARAHAN / INTRUCTION
Peraturan tetap yang perlu diikuti.

ARTIFICIAL INTELLIGENCE
Sifat luarbiasa rekaan manusia yang menggambarkan satu situasi di mana komputer mempunyai kepandaian berfikir, merasai keadaan sekeliling dan mengambil keputusan sendiri.

ASCII / AMERICAN STANDARD CODE INFORMATION INTERCHANGE
Sistem kod aksara 7-bit yang merupakan piawai bagi kebanyakan sistem mikrokomputer.   Setiap bait yang diwakili tidak lebih daripada 7 bit.  Jumlah aksara yang boleh diwakili ialah 128 sahaja.

ATURCARA / PROGRAM
Satu set arahan yang memberitahu komputer tugas-tugas yang perlu dilakukan.

ATURCARA OBJEK / OBJECT PROGRAM
Aturcara yang telah diterjemah, mengandungi kod-kod yang difahami oleh komputer.

ATURCARA SUMBER / SOURCE PROGRAM
Aturcara yang ditulis sebelum diterjemah kepada kod-kod yang difahami oleh komputer.