Make your own free website on Tripod.com

istilah.jpg (10896 bytes)

pc.gif (7566 bytes)

C

CABANG / BRANCHING
Satu haluan dalam BASIC yang mengarahkan perlaksanaan sesuatu baris tertentu.  Cabang bersyarat (conditional branching) terdiri daripada pasangan IF....THEN... yang mengarahkan perlaksanaan tanpa apa-apa syarat melalui GOTO.

CAKERA MAGNETIK / MAGNETIC DISKETTE
Perkakasan storan skunder yang membolehkan data disimpan secara kekal pada permukaan licin mengikut bahagian sektor dan runut.  Cakera lembut (floppy diskette) terdiri daripada tiga saiz utama dan menyimpan tidak lebih daripada 1 megabait (1 MB).   Cakera keras (hard diskette) menyimpan lebih banyak data, selalunya 10 MB dan ke atas.

CARTA ALIRAN / FLOWCHART
Satu proses menunjukkan penyelesaian sesuatu masalah pada komputer melalui rajah bersimbol.

CIP / CHIP
Singkatan bagi litar terkamir.