istilah.jpg (10896 bytes)
pc.gif (7566 bytes)

B

BAHASA MESIN / MACHINE LANGUAGE
Bahasa yang terdiri daripada kod-kod nombor binari yang difahami oleh komputer.

BAHASA PENGATURCARAN / PROGRAMMING LANGUAGE
Satu kaedah yang membolehkan kita berhubung dengan komputer serta memberi arahan kepadanya dalam menyelesaikan sesuatu masa.

BAHASA PENGHIMPUN / ASSEMBLY LANGUAGE
Bahasa pengaturcaraan yang terdiri daripada simbol-simbol (nemonik).   Bahasa penghimpun mudah difahami oleh komputer walaupun memerlukan penghimpun untuk penterjemahan terlebih dahulu.

BAHASA PERINGKAT RENDAH / LOW-LEVEL LANGUAGE
Bahasa pengaturcaraan yang memerlukan penterjemahan minimum dan lebih cepat difahami oleh komputer.  Terdiri daripada bahasa mesin dan bahasa penghimpun.

BAHASA PERINGKAT TINGGI / HIGH-LEVEL LANGUAGE
Bahasa pengaturcaraan yang terdiri daripada kod-kod perkataan bahasa Inggeris.  Ia lebih sukar diterjemah dan mengambil masa untuk difahami oleh komputer.

BAIT / BYTE
Satu kombinasi terdiri daripada 8 bit yang membentuk satu aksara maklumat.

BARIS PERNYATAAN / LINE STATEMENT
Satu baris arahan dalam BASIC.

BAS / BUS
Litaran dalam cip yang menghubungkan komponen-komponen tertentu di dalamnya.  Terdiri daripada bas kawalan (control bus), bas data (data bus) dan bas alamat (address bus).

BINARI (PERPULUHAN) / BINARY
Sistem pernomboran berasaskan dua digit iaitu 0 dan 1.

BIT / BIT
Satu digit binari, sama ada 0 atau 1.  Setiap bit mewakili satu unit maklumat tetapi tidak mencukupi untuk membentuk aksara.

BUT / BOOT
Proses mengaktifkan komputer, sama ada dengan menghidupkannya atau dengan memanggil sesuatu aturcara daripada storan skunder.